KAU MENCURI HATIKU
Suasana
petang yang hangat memancarkan sinaran matahari yang bercahaya, mengaburi
penglihatan setiap makhluk yang ada.Petang ini aku dijemput oleh jejaka kacak
yang ku berikan nama manja chung-chung, dia menjemputku dengan pacuan
empat roda milik sahabatnya , saat aku melihat kelibat kereta yang di pandunya
itu aku terus menuju ke arahnya lalu masuk ke dalam pacuan empat roda itu
dengan suasana dingin yang disegari oleh penghawa dingin.Aku masuk dengan
keadaan yang sangat kelam kabut di sebabkan jejaka chung-chung ku itu
meminta untuk segera masuk kerana keadaannya yang berada agak lama menungguku
di parking kereta. Chung-chung mengarahkanku untuk
meletakkan bag di tempat duduk bahagian belakang agar aku mempunyai ruang yang
selesa duduk di sebelah pemandu, chung-chung memandu pacuan empat roda
itu dengan kelajuan yang agak laju kerana dengan harapan untuk cepat sampai di
kompleks sukan sandakan, tetapi aku merasa takut dengan kelajuan yang di
pandunya itu lalu aku meminta agar dia memandu dengan kelajuan yang sepatutnya,
“jangan pandu laju-laju,pandu perlahan ja biar lambat asal selamat” ..
kataku kepada chung-chung, ”eyalah,
pelan-pelan ja kita ya”,, jawab chung-chung, lalu dia memandu pacuan empat roda itu dengan
sangat perlahan, umpama seekor kura-kura yang sedang berjalan. Selang
beberapa minit kemudian kami pun tiba di kompleks sukan, chung-chung membawaku ke kaunter
membeli tiket masuk ke swimingpool , kami berjalan seiring masuk ke swimingpool
itu dan aku hanya mengekori setiap langkah perjalanan chung-chung, setelah
masuk ke dalam ,chung-chung mengarahkanku untuk menyalin pakaian mandi ,
setelah selesai membuat persalinan aku menuju kearah kolam yang diisi dengan
orang yang sedang asyik bermandi-manda, melihat gelagat rakan-rakan yang sedang
asyik di dalam kolam itu lalu aku turun perlahan-lahan ke dalam air, perasaan
takut menyelubungiku , teringat peristiwa lemasku yang pernah berlaku beberapa
bulan yang lalu. Chung-chung dan kawan-kawan yang lain menyambutku untuk masuk
ke kolam. Aku berjalan-jalan memegang tali yang disediakan, chung-chung berusaha
mengajarku berenang kerana itu adalah impian yang kedua ku hajatkan
daripadanya,walaupun chung-chung mengajarku dengar cara yang kasar tetapi aku
lansung tidak mengendahkan caranya mengajarku itu kerana aku tahu apa yang di
tunjukkannya itu tidak sama apa yang dia pendam di hatinya.Selesai berenang
kami semua mengambil gambar sebagai kenangan, selepas itu menukar baju yang
basah di dalam bilik persalinan.Setelah selesai aku,kak jani dan yaya pergi ke parking
kereta dimana terdapat chung-chung dan kawan-kawan yang lain. ddfb
sedang
menantikan ketibaan kami bertiga, aku mengambil barang-barang di dalam kereta
safwan, tiba-tiba safwan memanggilku untuk menanyakanku mengenai masalah yang
aku hadapi. Tiba-tiba chung-chung menghampiriku, saat aku berpaling kearahnya
dia menghulurku dengan sejambak bunga Ros(Mawar) yang sangat aku idamkan sejak
sekian lama, aku mengambil jambangan Ros yang sedang mekar berwarna merah hati
itu dengan rasa yang bercampur baur perasaan gembira, terharu dan sedih kerana
dalam hidupku ini dialah lelaki pertama yang memberikanku bunga dengan kejutan
yang sangat istimewa, aku mengambil nota yang tersembunyi di sebalik jambangan
bunga itu.”TERTARIKLAH KEPADA SESEORANG YANG DAPAT
MEMBUATMU TERSENYUM,KERANA HANYA SENYUM YANG DAPAT MEMBUAT HARI-HARI YANG GELAP
MENJADI CERAH” inilah ayat yang tertulis pada nota kecil
itu.Hatiku mula menyatakan bahawa Aku jatuh hati padanya bukan hanya kerana dia
memberikan bunga idamanku tetapi layanannya terhadapku juga membuatkan hatiku
ini terpaut padanya, kelembutan hatinya yg ikhlas menyayangiku walaupun
keegoannya itu agak tinggi tetapi aku percaya bahawaku mampu
meruntuhkannya.Buktinya dia memberikanku bunga dihadapan rakan-rakan yang
lain,yang mana perkara tersebut tidak pernah dilakukan pada mana-mana
perempuan, dia menyatakan bahawa akulah wanita pertama yang pernah menerima
kejutan dan jambangan bunga yang sangat istimewa. Selesai semua itu, kami
menuju ke Restoran modern yang terletak di bandar prima, kami duduk di ruangan
luar restoran itu meluangkan masa bersama rakan-rakan sekali gus mengisi perut
yang sedang kelaparan. Sebelum tepat pukul sembilan malam kami pun bergerak
pulang kerumah masing-masing untuk beristirehat.
Luahan
Hatiku Untukmu,
Jika
suatu hari kelak aku terjatuh dan terluka,
Ku ingin
kau datang membangunkanku dengan kebahagian dan mengubati luka dengan kasih
sayang.
Jika
suatu hari kelak aku mengisi kekosongan pada hatimu,aku ingin memenuhi ruang
hatimu dengan cinta dan kasih sayang agar tiada seorang perempuan asing masuk
kedalamnya yang mampu meruntuhkan cinta kita berdua.
Jadilah
NOBITA agar sentiasa bersamaku.
Iloveuchungchung
.. <3
No comments:
Post a Comment