Monday

Indahnya KINABALU

Suasana dingin berada di bawah kaki Gunung Kinabalu yang di beri nama Mesilau mampu membekukan setiap kehangatan kami para pendaki yang datangnya dari tempat yang hangat. Kami terpukau seketika melihat indahnya Cinptan Yang Maha Esa , merasakan bahawa diri ini seakan berada di Newzeland yang mempunyai kedinginan alam semulajadi. Rumah penginapan yang seakan berada di dalam sebuah istana kecil apabila berada di dalamnya , biarpun tidak semewah hotel Shangri-la tetapi keselesaannya lebih indah , pada malamnya kami diminta untuk berkumpul di Renathera Restaurant untuk menikmati makan malam bersama semua ahli pendaki daripada POLITEKNIK MALAYSIA. Pada awalnya kami kurang mengenali antara satu sama lain melainkan pendaki yang datang daripada Kampus yang sama, sambil kami menikmati makan malam yang mempunyai rasa yang sedap.kami juga telah di beri taklimat mengenai Pendakian kami pada hari esok, kami diberikan kad sebagai identiti seorang pendaki.Setelah selesai makan malam, kami diberi ruang untuk beristirehat bagi memberi tenaga pada badan yang keletihan.

No comments:

Post a Comment