Thursday

Apakah Peranan Akhbar Dalam Nasionalisme ?



      Akhbar memainkan peranan penting dalam kebangkitan nasionalisme. Penulis akhbar di tanah melayu pada masa itu telah mengkritik dasar British yang menekan orang melayu. Persoalan tentang pendidikan,ekonomi dan politik telah dibangkitkan di dalam akhbar. Isu-isu yang dibangkitkan ialah memajukan pendidikan orang melayu dan memartabatkan bahasa melayu sebagai bahasa rasmi dalam urusan British. Dari segi ekonomi,mereka meminta supaya British mengurangkan kadar kemasukan orang dagang. Dari segi politik,mereka menyeru orang melayu bersatu dan mengkritik British kerana mengurangkan kuasa raja-raja melayu. Antara lain,turut terdapat tulisan Zaaba di dalam Al-Imam dan Mohd. Eunos Abdullah, yang menjadi penyunting Utusan Melayu versi sisipan akhbar Inggeris ‘Free Press’. Tulisan-tulisan itu membawa aliran menyeru orang Melayu supaya bersatu dan membina jati diri masing-masing. Aliran itu cepat meninggalkan kesan di hati umat Melayu yang sebelumnya terlowong kosong. Utusan Melayu versi sisipan itu misalnya, dengan cepat menjadi bahan bacaan di kedai-kedai kopi, dan ianya dibaca dengan kuat. Tujuannya tentulah supaya isi yang dibaca itu dapat dikongsi oleh semua Melayu lain yang mendengarnya. Aliran kesedaran itu bertapak semakin kukuh pada sekitar tahun 1930-an. Banyak tulisan-tulisan Ibrahim Yaakob menyebut bahawa pada dekad itulah orang Melayu mula sedar akan ancaman yang dibawa oleh pendatangpendatang asing terhadap hak mereka. Pada waktu itu jugalah perasaan membenci pada orang asing mula bertunas. Hasil daripada kesedaran itu muncullah seorang demi seorang nasionalis Melayu, yang kebanyakannya terdiri daripada kalangan ulama dan mereka yang terlibat dalam bidang persuratan dan persuratkhabaran. Melalui nasionalis-nasionalis awal ini semangat kebangsaan mula tersebar. Melalui mereka Melayu mula sedar bahawa mereka berada di suatu garisan yang menuntut kebangkitan segera. Waktu itu mereka seakan tidak mempunyai pilihan lagi selain daripada bangun berdiri atau terus lena dan dipijak lumat. Seruan-seruan yang mengajak Melayu bersatu muncul dengan banyaknya. Pada 23 Julai 1906, akhbar al-Imam telah diterbitkan di Singapura. Akhbar ini diterbitkan oleh golongan kaum muda yang dipimpin oleh Syed Syeikh al- Hadi, Syeikh Tahir Jalaluddin, Syeikh Mohammad Salim al-Kalali dan Haji Abbass Mohammad Taha. Akhbar ini diterbitkan dengan tujuan menyampaikan pandangan dan fikiran baru mengenai agama Islam untuk kemajuan masyarakat di samping membangkitkan kesedaran orang Melayu mengenai kemunduran dan menggesa mereka supaya berusaha mencapai kemajuan sosial dan ekonomi. Akhbar ini ditamatkan pada tahun 1908 selepas 31 keluaran bulanan. Seruannya diteruskan oleh akhbar lain seperti Neracha, Tunas Melayu, al-Islam, al-Ikhwan dan Pengasoh. Al-Ikhwan diterbitkan dan dikarang oleh Syed Syeikh al-Hadi sendiri. Ia diterbitkan dari tahun 1926 hingga tahun 1931. Al-Ikhwan benar-benar menyarankan pembaharuan agama Islam. Ia telah meneruskan perjuangan al- Imam. Al-Ikhwan mempunyai banyak persamaan dengan al-Imam bukan sahaja dalam cara penulisan dan isi kandungannya malah hingga menyiarkan beberapa rencana yang pernah tersiar dalam al-Imam, seperti taksiran al-Quran dan sejarah Islam. Saudara pula mula diterbitkan pada tahun 1928. Tokoh utama akhbar ini ialah Syed Syeikh al-Hadi juga. Akhbar ini meneruskan seruan menyeru rakyat memajukan diri. Majlis mula diterbitkan pada tahun 1935 dan tokoh utama akhbar ini ialah Abdul Rahim Kajai. Akhbar ini merupakan akhbar kebangsaan yang pertama dan kandungan akhbar ini ditujukan kepada desakan kepada Inggeris untuk melindungi hak orang Melayu. Warta Malaya iaitu sebuah akhbar yang memberi kesedaran kepada orang Melayu untuk maju dan ia mengecam dasar-dasar Inggeris yang tidak memberi perhatian kepada kehidupan orang Melayu.
Selain itu, pada tahun 1939, akhbar Utusan Melayu telah diterbitkan. Pengarang yang pertama ialah Rahim Kajai dan pengarang yang terkemuka pula ialah Ishak Muhammad atau dikenali sebagai Pak Sako. Akhbar ini menjadi lambang perpaduan dan kegigihan orang Melayu. Bangsa Melayu diminta berusaha dengan gigih untuk kemajuan. Penerbitan Utusan Melayu turut menerbitkan Utusan Zaman dan Mastika. Selain itu, Warta Sarawak merupakan lambang kesedaran dan kebangkitan semangat kebangsaan masyarakat Melayu di Sarawak . Antara lain akhbar ini mendesak kerajaan supaya meningkatkan taraf pendidikan orang Melayu dan menyeru kepada orang Melayu supaya tidak menjual tanah dan bergiat dalam bidang perniagaan.Selain akhbar yang disebut, terdapat juga akhbar Warta Malaya (1930), Majlis (1935), Fajar Sarawak Lembaga Malaya,Majlis dan sebagainya. Syarikat-syarikat akhbar bagi menyebarkan berita dalam bahasa Melayu juga ditubuhkan. Contohnya ialah Jawi Standard , Cahaya Pulau Pinang dan Tanjong Penegeri yang diterbitkan pada 1900 di Pulau Pinang. Bagi Jawi Peranakan pada tahun 1876 ialah Nujumu’l Fajar, Shamsu’l Kamar, Sekolah Melayu, Bintang Timor, Warta Melayu di Singapura, Seri Perak dan Jajahan Melayu di Perak, Khizanah Ilmu dan Taman Pengetahuan. Terdapat juga akhbar Orang Cina. Orang Cina terbitkan akhbar sebelum Perang Dunia II. Antaranya akhbar Lat Pau, Nanyang Siang Pau, Sin Chew Jit Poh dan Modern Daily News. Pada tahun 1881 akhbar Lat Pau telah diterbitkan. Ianya melaporkan tentang kegiatan sosial dan ekonomi orang Cina di Tanah Melayu. Ianya juga menyiarkan peristiwa yang berlaku di negara China. Terdapat juga akhbar berbahasa Melayu yang diterbitkan oleh masyarakat Cina Peranakan (Baba dan Nyonya). Antaranya akhbar Surat Khabar Peranakan, Bintang Timor, Khabar Uchapan Baru dan Bintang Pra Pranakan. Pada tahun 1884 akhbar Bintang Timor diterbitkan dan merupakan satu-satunya akhbar berbahasa Melayu yang berani melaporkan berita pemberontakan Dato’ Bahaman di Pahang.
Pada tahun 1930 diterbitkan akhbar Bintang Peranakan yang membicarakan hal ehwal masyarakat Cina peranakan yang menunjukkan taat setia kepada British sebagai pemerintah Tanah Melayu. Turut tidak ketinggalan ialah Akhbar Orang India . Akhbar yang diterbitkan ialah akhbar Ulaga Nesan, Tamil Nesan dan Tamil Murasa. Pada 24 September 1924 akhbar Tamil Nesan diterbitkan di Kuala Lumpur. Ianya melaporkan berita tentang kegiatan social dan ekonomi orang India di Tanah Melayu dan juga peristiwa yang berlaku di negara India. Terdapat juga akhbar berbahasa Melayu diterbitkan oleh masyarakat Jawi Peranakan. Antaranya ialah Jawi Peranakan, Sekola Melayu, Taman Pengetahuan dan Tanjung Penagri. Pada tahun 1888 akhbar Sekolah Melayu diterbitkan dan dijadikan bahan rujukan di sekolah Melayu.

Kesimpulannya, akhbar memegang peranannya tersendiri dalam membangkitkan semangat nasionalisme rakyat di Tanah Melayu. Penulis akhbar di tanah melayu pada masa itu telah mengkritik dasar British yang menekan orang melayu. Persoalan tentang pendidikan,ekonomi dan politik telah dibangkitkan di dalam akhbar. Oleh itu, kebijaksanaan rakyat pada masa dahulu dengan menggunakan akhbar sebagai sumber untuk membangkitkan semangat nasionalisme haruslah dikagumi dan dihargai.


PREPARED BY :: SITI NURHAFFIZAH BINTI GANTI

Saturday

Bagaimanakah wujudnya Semangat Nasionalisme di Malaysia?

              Nasionalisme wujud apabila sesuatu bangsa dijajah , maka di negara tersebut secara automatik akan lahir dua golongan yang bertentangan , iaitu satu golongan yang menjajah (menindas)  dan satu lagi golongan yang terjajah (ditindas).
           
               Mereka bertentangan kerana golongan yang menjajah ingin mengekalkan penjajahannya ,manakala golongan yang terjajah ingin membebaskan diri daripadanya.Kebangkitan semngat kebangsaaan di Tanah Melayu tidak berbeza dengan negara-negara lain di Asia. Masyarakat di Tanah Melayu mempunyai aliran nasionalisme kerana penduduknya berbilang kaum. Semangat nasionalisme dalam kalangan orang melayu telah wujud sejak campur tangan British pada tahun 1874.
             
             Dengan adanya semangat nasionalisme , maka penguasaan penjajahan ke atas negeri-negeri Melayu tidak berlaku secara aman damai tetapi sebaliknya ditentang oleh masyarakat tempatan. Penentangan ini dilakukan oleh pejuang-pejuang Tanah Air seperti Dato' Maharajah Lela , Dato' Bahaman, Tok Janggut, Haji Abdul Rahman Limbong , Mat Salleh , dan lain-lain lagi mencerminkan penentangan rakyat tempatan terhadap kuasa asing di negara ini.
                 
              Namun , penentangan pembesar-pembesar Melayu gagal membebaskan Tanah Air daripada belenggupenjajahan British kerana penentangan permbesar tidak bersifat menyeluruh dan tidak mendapat sokongan segenap lapisan masyarakat . Selain itu , setiap pembesar menentang semata-mata untuk menjaga periuk nasi mereka daripada diancam oleh British .mereka juga kalah kerana tidak mempunyai pasukan tentera yang dilengkapi senjata-senjata  moden berbanding kerajaan British. Walaubagaimanapun kegagalan mereka tidak mematikan semangat nasionalisme orang Melayu, sebaliknya orang Melayu memendamkanya ibarat 'Api dalam sekam' . Pada abad ke-20 semangat nasionalisme orang Melayu semakin bersemarak kobar .

Prepared By : ROSMAWATI BINTI ABD LATIP
                      07DPM14F1070