Nasionalisme wujud apabila sesuatu bangsa dijajah , maka di negara tersebut secara automatik akan lahir dua golongan yang bertentangan , iaitu satu golongan yang menjajah (menindas) dan satu lagi golongan yang terjajah (ditindas).
Mereka bertentangan kerana golongan yang menjajah ingin mengekalkan penjajahannya ,manakala golongan yang terjajah ingin membebaskan diri daripadanya.Kebangkitan semngat kebangsaaan di Tanah Melayu tidak berbeza dengan negara-negara lain di Asia. Masyarakat di Tanah Melayu mempunyai aliran nasionalisme kerana penduduknya berbilang kaum. Semangat nasionalisme dalam kalangan orang melayu telah wujud sejak campur tangan British pada tahun 1874.
Dengan adanya semangat nasionalisme , maka penguasaan penjajahan ke atas negeri-negeri Melayu tidak berlaku secara aman damai tetapi sebaliknya ditentang oleh masyarakat tempatan. Penentangan ini dilakukan oleh pejuang-pejuang Tanah Air seperti Dato' Maharajah Lela , Dato' Bahaman, Tok Janggut, Haji Abdul Rahman Limbong , Mat Salleh , dan lain-lain lagi mencerminkan penentangan rakyat tempatan terhadap kuasa asing di negara ini.
Namun , penentangan pembesar-pembesar Melayu gagal membebaskan Tanah Air daripada belenggupenjajahan British kerana penentangan permbesar tidak bersifat menyeluruh dan tidak mendapat sokongan segenap lapisan masyarakat . Selain itu , setiap pembesar menentang semata-mata untuk menjaga periuk nasi mereka daripada diancam oleh British .mereka juga kalah kerana tidak mempunyai pasukan tentera yang dilengkapi senjata-senjata moden berbanding kerajaan British. Walaubagaimanapun kegagalan mereka tidak mematikan semangat nasionalisme orang Melayu, sebaliknya orang Melayu memendamkanya ibarat 'Api dalam sekam' . Pada abad ke-20 semangat nasionalisme orang Melayu semakin bersemarak kobar .
Prepared By : ROSMAWATI BINTI ABD LATIP
07DPM14F1070
No comments:
Post a Comment