Penjajahan British pada
tahun 1874 malalui Sir Andrew Clarke telah memperkenalkan system politik Barat
dan memusnahkan system politik tradisional tempatan.British telah meletakkan
seorang Residen yang mengambil alih pentadbiran negeri daripada pembesar tempatan.Para
pembesar ini diberikan pencen dan tempat mereka digantikan oleh pegawai
British.Bagi orang tempatan perubahan ini mencabar system atau amlan tradisi
mereka dan juga menjatuhkan maruah mereka.Hal ini telah membangkitkan kebencian
penduduk tempatan terhadap British.
Seterusnya, Sistem
pendidikan Inggeris dan sekolah verbakular Melayu yang diperkenalkan pada akhir
abad ke-19 dan telah melahirkan golongan intelek Melayu yang mampu berfikir
tentang kemajuan bangsanya.Mereka menyedari perlunya sumbangan tenaga dan
fikiran mereka untuk menyedarkan bangsa Melayu. Mereka telah menggunakan idea
baru untuk memajukan diri dan menolak penjajahan British.
Dasar British dalam
mentadbir Tanah Melayu telah menggalakkan sesiapa sahaja dating untuk melabur ,
berniaga , berdagang bekerja dan menetap di Tanah Melayu. Dengan itu, ramai
orang asing telah dating ke tanah melayu dan menetap di sini.Kemasukan orang
asing yang berterusan telah meningkatkan jumlah imigran di Tanah Melayu dan
menimbullkan persaingan kepada penduduk tempatan.Mereka menguasai ekonomi Tanah
Melayu dalam bidang perlombongan biji timah , perladangan getah dan
perniagaan.Orang melayu pula kekal dengan pertanian padi yang tidak dimajukan
oleh British.
British juga telah membuka Bandar
baru sebagai pusat pentadbirannya sedangkan orang melayu tetap tinggal di
kampung-kampung dengan segala kekurangan.Kemajuan ekonomi seperti perniagaan
serta kewujudan prasarana contojnya elektrik , perkhidmatan pos , telefon ,
sekolah ,Hospital dan lain-lain telah meningkatkan taraf hidup di Bandar.
Keadaan ini menjarakkan
lagi jurang taraf hidip anatara orang tempatan di luar Bandar dengan imigran
dan penduduk lain di Bandar.Ternyata dasar british telah memundurkan lagi taraf
hidup orang melayu.Hal ini disedari oleh golongan intelek melayu dan
menjadikannya isu gerankan nasionalisme Melayu.
Pendudukan jepun juga
menjadi pemangkin semangat nasionalisme di Tanah Melayu. Pihak jepun dengan
konsep kawasan kesemakmuran Asia
telah menekankan kenbebasan Negara-negara asia untuk menentukan kemajuan
masin-masing dan meningkatkan persuadaraan di kalangan Negara tersebut. Dengan
konsep ini Jepun menggalakkan orang tempatan bekerjasama dengannya dan berjanji
akan memerdekakan mereka.Bagaimanapun , kesengsaraan hidup akibat kekurangan
makanan dan ubatan serta kekejaman pentadbiran jepun , menyebabkan sebilangan
besar penduduk Tanah Melayu membenci penjajahan sama ada oleh kuasa Barat atau
Timur.Bagi mereka semua penjajah tetap zalim dan menenkankan kehidupan orang
tempatan.Lantaran semangat itu apabila british memperkenalkam Malayan Union
pada tahun 1946, tentangan orang melayu amat jelas bahawa mereka tidak mahu
dijajah pleh sesiapa pun.
Penguasaan Parti Komunis
Malaya (PKM) selama 14 hari pada tahun 1945 juga telah membangkitkan semangat
menentang penjajahan dan memulakan penyebaran ideology komunis.Dlam tempoh itu,
PKM telah menguasai balai-balai polis dan menangkap sesiapa sahaja yang
dianggap sebagai penyokong jepun. Gerakan ini telah mencetuskan konflik
perkauman . Banyak orang melayu terbunuh dan rumah mereka dibakar oleh anggota
PKM. Serangan mereka telah dibalas oleh orang melayu di Perak , Johor , Negeri
Sembilan dan Pahang.
Kemunculan mesin cetak telah
memberikan kesan kepada penyebaran ilmu pengetahuan dan mendorong penentanga
terhadap british. Perkara ini berlaku kerana melalui buku, akhbar, majalah,
kitab agama dan lain-lain,idea menentang penjajah dapat disebarkan.
Seterusnya, Gerakan Pan-Islamisme
sedunia telah memberikan kesan kepada kesedaran semangat kebangsaan di Tanah
Melayu.Gerakan Pan-Islamime merupakan gerakan intelektual islam seluruh dunia
untuk membangkitkan pemahaman yang lebih progresif terhadap islam untuk
menentang penjajahan barat ke atas Negara-negara islam.Gerakan ini didokong
oleh pelajar islam seluruh dunia.Gerakan reformis islam yang dimulakan oleh
Syeikh Muhammad Abduh,Pensyarah di Universiti al-Azhar, Mesir , telah tersebar
luas.Dalam tulisannya beliau telah memberikan kupasan bahawa islam ialah cara
hidup yang menekankan kepentingan dunia & akhirat, di samping mendorong
umatnya menuju kejayaan. Tulisan Syeikh Muhammad Abduh ini disebarkan daalam majalah al-manar. Selain itu, Gerakan Wahabi
yang berlaku di arab Saudi juga mendesak matlamat yang sama.
Kesedaran politik yang
berlaku di sekitar Asia Tenggara, terutama di Indonesia turut mendorong
kebangkitan nasionalisme di Tanah Melayu. Indonesia yang amat rapat dengan
tanah melayu dari segi gegrafi dan budaya telah mempengaruhi gerakan
nasionalisme di tanah melayu.Kesedaran politi dan pendidikan Indonesia yang
lebih matang telah melahirkan ramai golongan intelektual.
DISEDIAKAN OLEH : ROSMAWATI BINTI ABD LATIP
07DPM14F1070